Aplikasi Mutiara X dilancar, gabung tawaran terbaik

Khairul Azizi (tengah) bersama Amber Chia (dua dari kanan), Fikry Ibrahim (kanan), Izzue Islam (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Strategi Kreatif - Bahagian Strategi Kreatif Boustead Properties, Muhd Taufiq Jaapar (kiri).

A
A
A

BOUSTEAD Properties Berhad (Boustead Properties) melancarkan sebuah aplikasi mudah alih, Aplikasi Super Mutiara X (Mutiara X) yang menggabungkan tawaran terbaik Mutiara Spaces dalam titik sentuh yang mudah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Azizi Ismail berkata, ia direka dengan ganjaran eksklusif, keistimewaan tambahan dan pengalaman lancar merentasi gaya hidup, hartanah serta pengurusan ganjaran.

Menurutnya, aplikasi berkenaan memanfaatkan data besar untuk sasaran pengguna, pembangunan produk dan promosi silang.

Khairul Azizi
Khairul Azizi

“Ia juga menawarkan pelbagai ciri termasuk pengurusan mata ganjaran, dompet ganjaran, ganjaran membeli-belah, penginapan hotel dan maklumat terkini berkaitan kemajuan projek, pameran hartanah serta acara anjuran Boustead Properties.

”Jadi, kami dengan sukacitanya memperkenalkan pencapaian digital yang menandakan lembaran baharu dalam inovasi dan penglibatan pelanggan terhadap aplikasi ini,” katanya.

(Dari kiri) Ketua Pegawai Operasi - Bahagian Pembangunan Hartanah, Shahril Mohd Khairi; Ketua Pegawai Strategi Kreatif - Bahagian Strategi Kreatif, Muhd ​​Taufiq Jaapar; Khairul Azizi; Ketua Pegawai Kewangan, Mohd Ali Zakaria dan Ketua Pegawai Operasi - Bahagian Pengurusan Harta, Jazmi Kamarudin

Beliau berkata demikian semasa pelancaran Mutiara X di The Curve pada Khamis sekali gus meraikan ulang tahun ke-20 bagi kedua-dua Hotel dan Resort Royale Chulan serta pusat beli-belah itu.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama selebriti Amber Chia, Izzue Islam dan Fikry Ibrahim bagi mempromosikan aplikasi berkenaan.

Tambah Khairul Azizi, Mutiara Spaces mensasarkan sekurang-kurangnya 5,000 pengguna aplikasi mudah alih itu menjelang awal tahun 2025.

Khairul Azizi memaklumkan bahawa Mutiara X akan meningkatkan kepuasan pelanggan dan memupuk kesetiaan jenama yang lebih tinggi.

“Sama ada mereka memperolehi tawaran eksklusif di sini, menikmati kadar istimewa di Royale Chulan Hotels & Resorts atau memanfaatkan tawaran unik Koleksi Mutiara Boustead Properties.

“Ia termasuk Mutiara Damansara, Mutiara Rini, Mutiara Hills atau One Cochrane Residence, jadi Mutiara X ini membawa nilai yang tiada tandingan kepada pelanggan kami,” tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!