Perkahwinan klasik gamit nostalgia

Tema Melayu klasik diketengahkan dapat mengimbau kenangan zaman dahulu.
Tema Melayu klasik diketengahkan dapat mengimbau kenangan zaman dahulu.
A
A
A

PUCHONG - Persembahan kuda kepang, silat dan tarian tradisional jarang dipersembahkan dalam majlis perkahwinan pada masa ini apatah lagi di kawasan bandar.

Namun, bagi keluarga pasangan pengantin Siti Hawa Noor Aini Zainuddin, 29, dan pasangannya, Mohd Farhanis Ishak, 26, mereka memilih tema perkahwinan tradisional Melayu klasik dengan menampilkan beberapa persembahan yang mengimbau nostalgia adat lama yang semakin dilupakan.

Dalam majlis perkahwinan di Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Puchong Utama pada Ahad lalu, pengantin perempuan diarak dengan tandu menuju ke pelamin.

Program diisi dengan lafaz sumpah pengantin lelaki kepada pengantin perempuan dengan kedua-duanya segak dan anggun dalam busana tradisional klasik.

Pengantin perempuan diarak dengan tandu menuju ke pelamin.
Pengantin perempuan diarak dengan tandu menuju ke pelamin.

Abang pengantin perempuan, Eri Asrar berkata, dia membuat persiapan bagi majlis perkahwinan itu sejak tahun lalu.

Menurutnya, tema itu dipilih bagi memenuhi permintaan keluarga yang mahukan kelainan selain menghiburkan tetamu dengan persembahan tradisional yang jarang ditemukan.

“Keluarga kami rindukan suasana zaman Melayu lama, orang lama dan lagu-lagu lama,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Majlis turut dimeriahkan dengan acara memotong pulut kuning, menabur duit syiling dan joget lambak.

Tarian kuda kepang dipersembahkan pada majlis perkahwinan itu.
Tarian kuda kepang dipersembahkan pada majlis perkahwinan itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!