Sila log masuk terlebih dahulu.

Kenapa Tun M tak hentikan subsidi air ke Singapura?

05 Oktober 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
TX Sabtu, 5 Okt 2024, 11am

Kenapa Tun M tak hentikan subsidi air ke Singapura?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad percaya isu harga air mentah tiga sen yang dijual kepada Singapura sejak 61 tahun lalu akan selesai jika beliau diberikan peluang dan masa mencukupi.

Menurutnya, Singapura disifatkan terlalu degil dan mengenakan syarat yang sukar menyebabkan pelbagai rundingan sebelum ini tidak berjaya semasa beliau menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali.

Tun Dr Mahathir berkata demikian dalam Interviu eksklusif bersama Sinar Harian.

#BeritaSemasa #SinarHarian #Interviu #TunDrMahathir #Singapura #IsuAirSingapura