PDC komited adaptasi SDG dan ESG agar terus diyakini

Pegawai dan kakitangan PDC menyatakan sokongan terhadap usaha serta gerakan Rasuah Busters.
Pegawai dan kakitangan PDC menyatakan sokongan terhadap usaha serta gerakan Rasuah Busters.
A
A
A

GEORGE TOWN - Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) komited dalam mengadaptasi Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dan Prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam aktiviti ekonomi harian mereka agar kekal relavan dan terus diyakini pelabur.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aziz Bakar berkata, melalui pendekatan itu PDC sebagai agensi perintis negeri juga bertekad meningkatkan daya saing sekali gus akan meningkatkan prestasi ekonomi keseluruhan negeri.

Aziz
Aziz

Menurutnya, bagi tujuan itu pihaknya telah mewujudkan satu unit khas untuk merangka program dan memantau pelaksanaan SDG dan ESG di dalam PDC.

"Kita adaptasi SDG dan ESG dalam pembangunan dan aktiviti eknomi harian kerana dapati ini adalah satu keperluan terutama dalam kalangan pelabur-pelabur yang datang ke Pulau Pinang kerana kebanyakan mereka berkehendak agensi yang berhubung dengan mereka adalah agensi yang mengadaptasi SDG dan ESG.

"Program hari ini adalah sebagai titik permulaan bagi PDC menunjukkan kita serius dan komited untuk melakksanakan perkara ini bukan saja satu perancangan 'surface' tetapi lebih mendalam suapaya ia akan memperkemaskan tatakelola di setiap sektor yang diceburi," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Forum SDG yang membincangkan tajuk Mendeskripsi Matlamat Pembangunan Kelestarian: Berlandaskan Pembangunan Teknologi Tenaga Hijau dan Tadbir Urus yang Mampan turut menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin sebagai panelis.

Beliau ditemui selepas menghadiri Program Hari Sambutan Kelestarian PDC 2024 yang diadakan di Atrium PDC di Bayan Baru.

Artikel Berkaitan:

Dalam program berkenaan turut diadakan kempen satu pokok satu meja selain sesi forum SDG yang membincangkan tajuk Mendeskripsi Matlamat Pembangunan Kelestarian: Berlandaskan Pembangunan Teknologi Tenaga Hijau dan Tadbir Urus yang Mampan.

Forum berkenaan turut menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin sebagai panelis.

Pegawai dan kakitangan PDC menyatakan sokongan terhadap usaha serta gerakan Rasuah Busters.
Pegawai dan kakitangan PDC menyatakan sokongan terhadap usaha serta gerakan Rasuah Busters.

Mengulas mengenai kerjasama serta penglibatan Rasuah Busters, Aziz berkata ia membuktikan kepada masyarakat bahawa PDC sentiasa terbuka dan telus dalam tatakelola dan urus tadbir yang baik.

"Masyarakat diberi peluang untuk melontarkan pandangan, idea dan aduan sekiranya berlaku perkara-perkara yang pada pandangan masyarakat tidak menepati tatakelola atau harapan mereka yang sebenar.

"Jadi kita bawa semua NGO dan pemegang taruh untuk memantau, memberi maklum balas dalam memberi nilai tambah kepada PDC," katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!