Israel lancar serangan baharu ke atas Lubnan, sasar infrastruktur penting

Pasukan Israel meneruskan pencerobohan mereka terhadap Lubnan awal Jumaat, menyerang daerah selatan Beirut dan pelbagai wilayah di seluruh negara. Foto AFP.
Pasukan Israel meneruskan pencerobohan mereka terhadap Lubnan awal Jumaat, menyerang daerah selatan Beirut dan pelbagai wilayah di seluruh negara. Foto AFP.
A
A
A

BEIRUT - Pasukan Israel meneruskan pencerobohan mereka terhadap Lubnan awal Jumaat, menyerang daerah selatan Beirut dan pelbagai wilayah di seluruh negara, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Laporan menunjukkan sejumlah besar korban dan kerosakan yang meluas pada bangunan, kemudahan dan infrastruktur kritikal akibat serangan udara Israel yang terbaru.

Menurut sumber tempatan dan media, pesawat tempur dan artileri Israel melancarkan serangan ke atas beberapa bandar, termasuk Khiam, Bint Jbeil, Tora, Al-Tiri, Kfar Kila, Khirbet Selim, Al-Labouna, Al-Alam, Tayr Harfa, Adaisseh, Auta al-Shaab, Dhayra, Al-Bustan, Majdel Zoun, Shaqra, Al-Majadel, dan Aytit di selatan Lubnan.

Selain itu, serangan udara turut menyasarkan kawasan Masnaa di sepanjang sempadan Lubnan-Syria, sekali gus memutuskan laluan utama antarabangsa.

Serangan juga terkena bandar Baalbek dan beberapa bandar di Lembah Bekaa di timur Lubnan, termasuk Bouday, Shmestar, Taria, dan Ali Al-Nahri. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!