Messi tawar hati dengan Barcelona?

Lionel Messi. - Foto Transfermarkt
Lionel Messi. - Foto Transfermarkt
A
A
A

LIONEL Messi dilaporkan bersedia meninggalkan Barcelona selepas konflik persengketaan yang berlaku dengan pengarah sukan kelab itu, Eric Abidal semakin keruh.

Memetik laporan portal berita sukan antarabangsa, Messi boleh meninggalkan kelab itu secara percuma pada bila-bila masa sahaja berdasarkan klausa kontrak yang dipersetujui antara pemain itu dan Barcelona sebelum ini.

"Persengketaan yang berlaku sedikit sebanyak menyebabkan Messi tawar hati untuk terus beraksi di Barcelona dan ia membuka peluang untuknya berpindah.

"Jika pengurusan Barcelona tidak melakukan sesuatu, sudah tentu kelibat pemain terbaik dunia itu tidak akan kelihatan lagi di Camp Nou," kata laporan itu.

Terdahulu, Abidal memberikan kenyataan prestasi buruk Barcelona ekoran pemain tidak tampil dengan persembahan cemerlang ketika di bawah kendalian bekas pengendali pasukan, Ernesto Valverde.

Kenyataan itu tidak disenangi oleh Messi yang membalas kritikan tersebut dan menyifatkan apa yang diperkatakan Abidal itu tidak benar dan hanya memburukkan semua pemain yang telah memberikan aksi 100 peratus di atas padang.

Sementara itu, pengendali baharu Barcelona, Quique Setien tidak berminat untuk masuk campur persengketaan yang berlaku di antara Messi dan Abidal.

Menurutnya, ia perkara biasa yang berlaku dalam sesebuah pasukan dan yakin konflik tersebut akan dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak.

Artikel Berkaitan:

"Ada banyak masalah dalam setiap pasukan di dunia ini. Dan ia bukan di bawah kawalan saya dan saya hanya mahu fokus kepada apa yang saya lakukan sekarang iaitu melatih pasukan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!