'Liverpool sudah biasa berada kedudukan teratas liga'
PENDAHULU Liga Perdana Inggeris, Liverpool berpeluang menghadirkan tekanan kepada pesaing sekiranya The Reds meraih tiga mata ke atas Crystal Palace pada Sabtu.
Bagaimanapun pengendali Liverpool, Arne Slot tidak mahu terlalu terbawa-bawa kegembiraan berada di kedudukan teratas awal musim apabila berkunjung ke laman The Eagles di Stadium Selhurst Park.
“Kami Liverpool. Jadi pemain-pemainnya sudah biasa berada kedudukan teratas liga. Jadi akan menjadi sangat pelik jika pemain-pemain Liverpool tiba-tiba terasa seperti di awan-awangan.
“Pemain-pemain ini cukup berpengalaman memahami jadual liga selepas enam perlawanan juga dan jadual yang kami ada berbanding beberapa pasukan lain.
"Kedua, ramai daripada mereka memenangi liga di sini, mereka memenangi Liga Juara-Juara di sini,” kata Slot.
The Reds kendalian Slot yang mengumpul 15 mata berada puncak Liga Perdana Inggeris selepas enam perlawanan, satu mata di depan penyandang juara Manchester City dan Arsenal.
Slot memulakan langkah sebagai pengendali Liverpool dengan status hebat apabila membawa The Reds meraih lapan kemenangan dalam sembilan perlawanan dalam semua kejuaraan sekali gus - tiada pengendali kelab Merseyside itu yang pernah melalui permulaan yang begitu berjaya.
Bagaimanapun, Slot menjangkakan Crystal Palace asuhan Oliver Glasner akan menampilkan saingan yang sengit, terutamanya ini merupakan minggu sibuk bagi Liverpool yang menewaskan Bologna 2-0 dalam Liga Juara-Juara pada Khamis.
LIGA PERDANA INGGERIS
SABTU (5 OKTOBER)
Crystal Palace lwn Liverpool, 7.30 malam
Arsenal lwn Southampton, 10 malam
Brentford lwn Wolves, 10 malam
Manchester City lwn Fulham, 11 malam
West Ham United lwn Ipswich Town, 11 malam
Leicester City lwn Bournemouth, 11 malam
AHAD (6 OKTOBER)
Everton lwn Newcastle United,
12.30 tengah malam
Aston Villa lwn Manchester United, 9 malam
Chelsea lwn Nottingham Forest, 9 malam
Brighton lwn Tottenham, 11.30 malam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!