Phoenix, Gaga penyelamat Joker

Kecantikan dan kelunakan suara Gaga terserlah dalam Joker.
Kecantikan dan kelunakan suara Gaga terserlah dalam Joker.
A
A
A

PENULIS antara yang teruja untuk menyaksikan sekuel Joker iaitu Joker: Folie À Deux (membawa maksud masalah kesihatan mental yang dikongsikan antara dua individu rapat) selepas kejayaan filem pertama pada tahun 2019.

Filem yang masih mengekalkan Todd Phillips selaku pengarah menyaksikan gandingan Joaquin Phoenix sebagai Arthur Fleck atau Joker bergandingan dengan penyanyi terkenal, Lady Gaga.

Sekuel kali ini mengambil tempat dua tahun selepas Joker ditahan atas kesalahan membunuh lima individu dan ditempatkan di Arkham State Hospital sementara menunggu perbicaraan.

Arthur Fleck mula 'berperang' dengan diri sendiri.
Arthur Fleck mula 'berperang' dengan diri sendiri.

Peguamnya, Maryanne Stewart, bercadang untuk berhujah bahawa Arthur mempunyai masalah kecelaruan personaliti dan 'watak' sebagai Joker itu yang bertanggungjawab atas jenayah tersebut.

Ketika sesi terapi muzik, Arthur bertemu dengan pesakit lain, Lee atau Harleen Quinzel dan selepas berkongsi cerita, mereka mula jatuh cinta. Dalam pada bergelut dengan identiti sendiri, Arthur juga mendapati muzik sentiasa ada dalam dirinya.

Sejujurnya, Phillips berjaya mengunci perhatian penulis pada detik awal perjalanan filem ini yang memaparkan keadaan fizikal Arthur yang terlalu cengkung, lebih tenang dan diam, berbanding sikap sebelum ini termasuk sawan ketawa secara rawak dan tidak terkawal akibat masalah mental yang dihadapinya.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Perjalanan filem ini tersusun sempurna sehinggalah Arthur bertemu Lee dan elemen muzikal mula disuntik. Entah kenapa susun perjalanan Joker: Folie À Deux mula caca-marba.

Mujur Phoenix tidak pernah gagal tampil dengan lakonan mantap dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk menyanyikan sendiri semua lagu dalam filem ini, bersama persembahan Gaga yang berbeza dan menarik perhatian.

Namun perhatian penulis terganggu setiap kali babak muzikal menjelma dan terasa betapa ruginya Phillips tidak memanfaatkan gandingan Phoenix dan Gaga; termasuk tema penceritaan naskhah ini iaitu mengenai kesihatan mental.

Sekiranya Phillips lebih bekerja keras, penulis percaya, hasil Joker: Folie À Deux akan terhasil jauh lebih baik dan kemas.

No Image Caption

Joker: Folie À Deux

PENGARAH: Todd Phillips

PELAKON: Joaquin Phoenix, Lady Gaga, Zazie Beetz, Brendan Gleeson

GENRE: Jenayah / Drama / Muzikal

DURASI: 2 Jam 18 Minit

KLASIFIKASI: 16

TAYANGAN: 3 Oktober 2024

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!