Tiga hospital di Lubnan lumpuh akibat serangan Israel

Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut terpaksa henti operasi susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut terpaksa henti operasi susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
A
A
A

BEIRUT - Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut umum pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.

Dalam kenyataan disiarkan agensi berita nasional, Hospital Sainte Therese (STMC) di pinggir kawasan selatan Beirut melaporkan terdapat kerosakan besar pada bangunan hospital akibat pengeboman oleh Israel di kawasan berhampiran sekali gus mengakibatkan khidmatnya terpaksa dihentikan.

Selain itu, dua hospital di selatan negara itu turut melaporkan bahawa perkhidmatan mereka terpaksa dihentikan. Hezbollah dan Israel saling berbalas serangan sejak permulaan perang di Gaza yang tercetus susulan serangan kumpulan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman pula bertindak melancarkan serangan berkala ke atas Israel sepanjang tempoh itu dan mengganggu perkapalan di Laut Merah, sebagai tanda solidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

Israel dengan pantas meningkatkan serangannya terhadap Hezbollah dua minggu lalu, membunuh sebahagian besar kepimpinan kumpulan itu, dengan tujuan menjadikan kawasan utaranya selamat bagi penduduk untuk kembali ke rumah mereka.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!