Tiga maut, pesawat terbabas di Istanbul

Foto AP
Foto AP
A
A
A

ANKARA - Sebuah pesawat penumpang tergelincir ketika mendarat di lapangan terbang di Istanbul, semalam mengorbankan tiga orang dan mencederakan 179 yang lain, lapor agensi berita Anadolu.

Pesawat Pegasus Airlines itu tiba dari Izmir, Turki tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen, kata Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Cahit Turhan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca berkata, pesawat berkenaan membawa 177 penumpang dan enam anak kapal.

Rakaman televisyen menunjukkan bahagian hadapan pesawat hampir terputus sebelum terbakar.

Foto Ap
Foto Ap

"Mengikut maklumat yang kami peroleh, pesawat itu tergelincir kerana mendarat secara mengejut," kata Turhan.

Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya berkata, pesawat itu menjunam dari ketinggian kira-kira 30 meter.

Siasatan telah dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian dan lapangan terbang ditutup sementara.

Artikel Berkaitan:

Turkish Airlines telah menangguhkan sementara semua penerbangan keluar dan masuk dari lapangan terbang itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!