Kerajaan Madani tekad kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis Syarahan Za'ba Seabad Pemikir Kemiskinan dan Hari Akademia Negara di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Sabtu. Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis Syarahan Za'ba Seabad Pemikir Kemiskinan dan Hari Akademia Negara di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara, selain terus melabur dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Madani telah mewarisi hutang sebanyak RM1.5 trilion, dengan defisit fiskal tahunan berkurangan kepada 5.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023, turun daripada 5.6 peratus pada 2022.

"Defisit fiskal tahunan berkurangan secara berperingkat, (bersama-sama dengan) pinjaman, yang mencatatkan RM93 bilion pada 2023, dan (dengan sasaran) RM86 bilion pada tahun ini. Walaupun jumlah ini agak besar, ia masih belum mencukupi,” kata beliau kepada CNBC dalam satu temu bual.

Anwar menegaskan walaupun kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan defisit fiskal dan hutang negara, ia akan terus melabur dalam bidang seperti pendidikan, kesihatan awam dan infrastruktur untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Hutang negara kini berada pada 64 peratus daripada KDNK, dengan kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan angka ini kepada sekurang-kurangnya 60 peratus secara berperingkat.

Sebelum ini, Anwar berkata, defisit fiskal telah diturunkan kepada 5.0 peratus daripada KDNK pada 2023 daripada 5.6 peratus pada 2022, dengan unjuran penurunan seterusnya kepada 4.3 peratus pada tahun ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!