Tubuh jawatankuasa khas pantau pembinaan Pan Borneo -Nanta

Nanta dalam sidang akhbar selepas penyerahan SST kepada kontraktor di SICC, Kota Kinabalu.
Nanta dalam sidang akhbar selepas penyerahan SST kepada kontraktor di SICC, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk memantau dan membuat penambahbaikan terhadap projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Pakej Kerja Fasa 1B yang dilaksanakan di Sabah.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyampaikan pandangan beliau bahawa pelaksaan LPB memerlukan pemantauan dengan lebih kerap menerusi mesyuarat koordinasi.

"Ingin saya berkongsi sedikit pandangan selepas saya turun ke beberapa lokasi dua bulan lalu dan akhirnya saya berpandangan kita perlu membuat lebih sedikit dalam Fasa 1B ini iaitu selalu buat mesyuarat koordinasi selepas mendengar masalah semasa turun padang mendapati mungkin dalam Fasa 1A agak kurang koordinasi mesyuarat dan sebagainya.

"Kami telah berbincang dengan Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya supaya ada jawatankuasa khas nanti ditubuhkan supaya kita boleh membuat penambahbaikan atau pemantauan projek ini supaya kita nak pastikan kepada Perdana Menteri tidak ada kelewatan dan masalah.

"Kalau ada masalah pun kita selesaikan dalam masa yang pendek dan tak perlulah sampai bertahun-tahun masalah itu tidak dapat diselesaikan," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima kepada kontraktor bagi LPB Fasa 1B di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada malam Jumaat.

Sebelum itu, Fasa 1B dipecahkan kepada 19 pakej kerja daripada keseluruhan 35 pakej kerja untuk LPB Sabah Fasa 1 ini yang mana ia melibatkan jalan persekutuan baharu dari Kota Belud ke Kudat serta penambahbaikan Jalan persekutuan dari Ranau ke Lajad Datu sejauh 370 kilometer.

Tempoh pembinaan bagi Pakej Kerja Fasa 1B mengambil tempoh antara 36 hingga 48 bulan dengan peruntukan sebanyak RM13.989 bilion.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!