ATM tunggu arahan UNIFIL bawa pulang anggota MALBATT 850-11

Keputusan membawa pulang lebih 800 pegawai dan anggota MALBATT 850-11 di Lubnan hanya akan dibuat sekiranya diarahkan oleh UNIFIL.
Keputusan membawa pulang lebih 800 pegawai dan anggota MALBATT 850-11 di Lubnan hanya akan dibuat sekiranya diarahkan oleh UNIFIL.
A
A
A

PORT DICKSON - Keputusan membawa pulang lebih 800 pegawai dan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 di Lubnan hanya akan dibuat sekiranya diarahkan oleh pihak Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL).

Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, buat masa ini tiada arahan untuk mereka berundur.

Mohammad pada sidang akhbar Sambutan Hari ATM Ke-91 Tahun 2024 di Kem Segenting
Mohammad pada sidang akhbar Sambutan Hari ATM Ke-91 Tahun 2024 di Kem Segenting

"Jadi anggota kita akan kekal bersama UNIFIL sehinggalah arahan untuk berundur. Maknanya kita tidak akan berundur dengan keputusan sendiri.

"Kita akan berundur sekiranya diperintahkan oleh UNIFIL. Jadi kita akan kekal sehingga arahan sebaliknya dikeluarkan kepada kita," katanya pada sidang akhbar selepas Sambutan Hari ATM Ke-91 Tahun 2024 di Kem Segenting, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu ditanya berkenaan keadaan anggota di sana, beliau berkata, mereka dalam keadaan selamat dan berlindung di dalam kubu.

Beliau berkata, pihaknya juga akan terus memantau dengan rapi perkembangan situasi di Lubnan, terutama aspek keselamatan anggota bagi memastikan langkah diambil selaras dengan keperluan operasi dan keselamatan semasa.

Sebelum ini media melaporkan dua kenderaan MALBATT yang diatur gerak dalam misi UNIFIL di Lubnan terbabit insiden serangan oleh sekumpulan orang awam.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dialami oleh pegawai dan anggota terbabit, namun kedua-dua kenderaan mengalami beberapa kesan kerosakan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!