MMA gesa teliti satu lagi kes buli libatkan doktor di Sabah

Pasukan petugas khas bebas yang ditubuhkan KKM bagi menyiasat insiden kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah digesa untuk turut meneliti satu lagi kes dakwaan buli di negeri berkenaan. Gambar kecil: Kalwinder
Pasukan petugas khas bebas yang ditubuhkan KKM bagi menyiasat insiden kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah digesa untuk turut meneliti satu lagi kes dakwaan buli di negeri berkenaan. Gambar kecil: Kalwinder
A
A
A

SHAH ALAM - Pasukan petugas khas bebas yang ditubuhkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menyiasat insiden kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah digesa untuk turut meneliti satu lagi kes dakwaan buli di negeri berkenaan.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira berkata, ia berikutan kes membabitkan perbuatan tidak bertanggungjawab yang dilaporkan sejak tahun lalu itu belum lagi selesai sehingga kini.

"MMA telah mengetengahkan perkara ini kepada KKM sejak tahun lalu selepas menerima aduan daripada sekumpulan doktor di sana.

"Pihak kami juga mengulangi kesediaan untuk membantu pasukan petugas khas dalam menyiasat perkara tersebut dalam apa sahaja bentuk bentuk diperlukan.

"MMA juga secara konsisten menekankan bahawa pentingnya mengutamakan kesihatan mental dan kesejahteraan doktor.

"Pihak kami berdiri teguh menentang sebarang bentuk buli dan menyokong penuh KKM dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan positif," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Jumaat lalu mengumumkan penubuhan sebuah pasukan petugas khas bebas, berkuat kuasa 10 Oktober ini, bagi menyiasat insiden kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah.

Menurutnya, langkah itu selari pendirian tegas KKM tidak bertolak ansur dengan perlakuan buli di tempat kerja.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, beliau berkata, MMA dalam masa sama turut menggesa pasukan petugas khas bebas tersebut meneliti semula syor Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) yang dibuat pada 2022 lalu.

Kalwinder menambah, meskipun syor itu disusun oleh kebanyakan panel yang berbeza, namun ia perlu diperhalusi kembali dengan mengambil kira banyak sumber, tenaga dan sebagainya dilaburkan dalam mengumpul pandangan dan maklum balas daripada kakitangan penjagaan kesihatan awam.

"Ketelusan mengenai cadangan, jika ada, telah diterima pakai oleh Kementerian akan membantu menjelaskan hala tuju pembaharuan yang berterusan ini dan meyakinkan kakitangan penjagaan kesihatan tentang komitmen kerajaan untuk menangani isu dan cabaran budaya kerja.

"Kami menggesa agar pasukan petugas yang baru ditubuhkan juga diberi kuasa untuk menyemak penemuan dan cadangan HWCITF," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!