Tular aksi lelaki cuci periuk guna penyapu

Klip video yang berdurasi dua saat dimuat naik di laman Facebook Komuniti Anak-Anak Lipis pada Sabtu.
Klip video yang berdurasi dua saat dimuat naik di laman Facebook Komuniti Anak-Anak Lipis pada Sabtu.
A
A
A

LIPIS - Aksi seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah kedai makan dekat sini membersihkan periuk menggunakan penyapu tular di laman sosial pada Sabtu.

Klip video berdurasi dua saat itu dimuat naik di sebuah halaman Facebook Komuniti Anak-Anak Lipis kira-kira jam 5 petang menimbulkan kemarahan dan kritikan warga maya yang menyifatkan tindakan lelaki terbabit menjijikkan.

Dalam klip tersebut, lelaki terbabit sedang mencuci periuk di belakang premis dipercayai terletak di bandar Lipis.

Rata-rata netizen meminta siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa bagi keselamatan dan kesihatan pengguna di sini.

Sehingga jam 9 malam, klip tersebut telah mendapat lebih 60,000 tontonan, 444 komen dan 439 tanda suka.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian ini dan mengesahkan itu adalah rakaman lama atau sebaliknya.

Tindakan lelaki terbabit menimbulkan kebimbangan masyarakat mengenai kebersihan dan keselamatan makanan di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!