Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan

Orang ramai memeriksa tapak serangan Israel di pinggir selatan Beirut, Lubnan - Foto: Reuters
Orang ramai memeriksa tapak serangan Israel di pinggir selatan Beirut, Lubnan - Foto: Reuters
A
A
A

BEIRUT - Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Saeed Atallah Ali terbunuh dalam serangan Israel ke atas Kem Pelarian Beddawi kira-kira lima kilometer di utara bandar pelabuhan Tripoli, menurut Hamas.

Agensi berita Lubnan NNA melaporkan bahawa isteri Ali dan dua anaknya turut terbunuh dalam serangan itu.

Sumber keselamatan Lubnan sebelum ini melaporkan bahawa sebuah dron telah menyerang sebuah pangsapuri di kem pelarian Palestin berhampiran Tripoli. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!