Pegawai tentera ditahan reman cabul kakitangan bawahan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pegawai tentera ditahan reman selama tiga hari selepas dipercayai mencabul kakitangan bawahannya di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, tahanan reman suspek berusia lingkungan 40-an itu berakhir Isnin ini.

Menurutnya, sebelum penahanan berkenaan, polis menerima laporan daripada mangsa pada jam 7.16 petang Khamis yang memaklumkan kejadian berkenaan.

"Wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu membuat laporan dicabul beberapa kali oleh pegawai atasannya.

"Susulan itu polis menahan suspek kira-kira jam 6.30 petang Jumaat," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Mohd Rosdi memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!