Liverpool kukuh cengkaman di puncak liga

Jota inspirasi tiga mata Liverpool di Selhurst Park pada Sabtu. Foto: Agensi
Jota inspirasi tiga mata Liverpool di Selhurst Park pada Sabtu. Foto: Agensi
A
A
A

PENDAHULU Liga Perdana Inggeris, Liverpool memperkukuh cengkaman selepas menjinakkan Crystal Palace dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Selhurst Park pada Sabtu.

Gol tunggal pada minit kesembilan yang dijelmakan Diogo Jota membolehkan The Reds kendalian Arne Slot mengumpul 18 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan.

Kemenangan itu juga meneruskan momentum positif kelab Merseyside itu yang tampil ke laman The Eagles bimbingan Oliver Glasner dengan motivasi tinggi selepas menewaskan Bologna 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Anfield pada 3 Oktober lalu.

Bagaimanapun The Reds kehilangan penjaga gol sensasi, Alisson Becker yang digantikan Vítezslav Jaros akibat kecederaan pada minit ke-79.

Sementara itu, tonggak The Reds, Virgil van Dijk mengakui bukan tugas mudah membawa tiga mata keluar dari laman The Eagles.

“Ya, ia sentiasa sukar untuk bermain dan meraih keputusan positif di sini. Keputusan sebelum ini pun semuanya sangat sengit.

“Kami boleh bermain jauh sedikit lebih baik pada separuh masa kedua.

“Secara keseluruhan, tiga mata penting sebelum kami memasuki rehat antarabangsa dengan cemerlang,” kata Van Dijk.

Artikel Berkaitan:

Liverpool selepas ini akan melayan kunjungan kelab berprestasi tinggi ketika ini Chelsea di Stadium Anfield pada 20 Oktober.

Kemudian Reds akan Red Bull Arena Leipzig, berdepan kelab Bundesliga Jerman, Red Bull Leipzig dalam aksi Liga Juara-Juara pada 24 Oktober.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!