Banjir terburuk dalam sejarah dunia

Bencana banjir di Johnstown berlaku pada 1889. - Agensi
Bencana banjir di Johnstown berlaku pada 1889. - Agensi
A
A
A

CUACA ekstrem dan hujan lebat baru-baru ini menyebabkan banjir di beberapa kawasan di seluruh dunia.

Beberapa negara di Eropah tengah mengalami banjir besar yang telah memusnahkan rumah, bangunan dan jambatan.

Banjir adalah antara bencana alam yang paling dahsyat dalam sejarah manusia.

Peristiwa malapetaka ini boleh menghapuskan seluruh komuniti, memusnahkan infrastruktur penting dan meragut ribuan nyawa.

Beberapa banjir terburuk telah meninggalkan kesan mendalam dalam sejarah.

Memetik history.com, artikel ini meneroka 10 banjir terburuk dalam sejarah.

1. BANJIR JOHNSTOWN

Banjir Johnstown berlaku pada tahun 1889 yang mengakibatkan empangan di Tasik Conemaugh, Pennsylvania telah pecah disebabkan oleh hujan lebat. Empangan membebaskan kira-kira 16 juta tan air ke kawasan penempatan awam.

Artikel Berkaitan:

Kesannya, ia memusnahkan kira-kira 1,600 bangunan dan lebih 2,200 orang maut dan ramai yang cedera serta kehilangan tempat tinggal.

2. BANJIR DI TENGAH CHINA

Banjir membanjiri tengah China di Hankou pada tahun 1931. - Agensi
Banjir membanjiri tengah China di Hankou pada tahun 1931. - Agensi

Banjir di tengah berlaku pada tahun 1931 kekal sebagai salah satu banjir paling dahsyat dalam sejarah yang direkodkan.

Banjir yang disebabkan salji cair, hujan lebat dan ribut siklon telah memusnahkan sebahagian besar kawasan tengah China.

Ribuan penduduk mati lemas pada peringkat awal banjir Selepas itu, ia juga menyebabkan kebuluran yang meluas dan wabak penyakit seperti taun.

3. BANJIR GROTE MANDRENKE

Banjir dikenali Grote Mandrenke melanda sekitar negara Eropah. - Agensi
Banjir dikenali Grote Mandrenke melanda sekitar negara Eropah. - Agensi

Banjir St. Marcellus, yang dikenali secara meluas sebagai Grote Mandrenke atau bermaksud manusia lemas besar-besaran telah berlaku pada Januari 1362. Ribut Laut Utara yang melanda sebahagian Eropah adalah punca bencana maut ini.

Walaupun England adalah yang pertama terkena kesan ribut ini, Belanda, Jerman, dan Denmark mengalami kerosakan yang lebih teruk. Menurut history.com, antara 25,000 dan 100,000 orang mati lemas akibat banjir Grote Mandrenke.

4. BANJIR LEMBAH INDUS, INDIA

Walaupun tiada kemalangan jiwa dicatatkan, banjir yang melanda Lembah Indus pada tahun 1841 telah menyebabkan kemusnahan besar-besaran.

History.com menjelaskan bahawa bencana alam itu berpunca daripada gempa bumi yang mencetuskan tanah runtuh besar-besaran di lereng Nanga Parbat.

Tanah runtuh menyebabkan batuan dasar menghalang aliran Sungai Indus, mewujudkan empangan semula jadi sedalam 152 meter

Empangan itu akhirnya pecah, membebaskan air pada kadar 540,000 meter padu dan menyebabkan gelombang besar setinggi 30 meter.

5. BANJIR MISSISSIPPI, AMERIKA SYARIKAT

Banjir Mississippi berlaku pada tahun 1927 dianggap salah satu banjir terburuk dalam sejarah.

Ia berlaku susualan hujan lebat selama berbulan-bulan yang menyebabkan air Sungai Mississippi melimpahi dari tebing. Banjir itu merentasi tujuh negeri dari Cairo, Illinois hingga New Orleans.

Banjir itu menyebabkan kehilangan nyawa yang besar, dengan kira-kira 250 orang terkorban. Di samping itu, kira-kira 1 juta kehilangan tempat tinggal.

6. BANJIR SUNGAI KUNING, CHINA

Banjir berlaku Sungai Kuning pada tahun 1983 di China bukanlah bencana alam, tetapi disebabkan oleh pasukan Nasionalis China semasa Perang China-Jepun Kedua.

Mereka sengaja memusnahkan benteng di Sungai Kuning untuk menggagalkan kemaraan tentera Jepun.

Walau bagaimanapun, taktik ini membawa kepada bencana besar apabila kira-kira 4 juta orang telah dipindahkan serta 800,000 orang mati lemas.

7. BANJIR ARNO, ITALI

Banjir yang melanda Arno pada tahun 1966. - AFP
Banjir yang melanda Arno pada tahun 1966. - AFP

Hujan yang berpanjangan menyebabkan Sungai Arno di Tuscany, Itali, melimpah dan membebaskan 18 bilion gelen lumpur dan kelodak ke jalan-jalan sekitar Florence. Bencana yang berlaku pada tahun 1966 telah menyebabkan kerosakan teruk apabila ribuan rumah musnah. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!