Kerajaan alu-alukan sokongan UMNO, Pas: PM

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan sokongan daripada UMNO dan Pas.

Menurutnya, sokongan kedua-dua parti pembangkang itu boleh dizahirkan di Parlimen.

"Ketika kita bawa usul, mereka boleh beri sokongan tanpa menentang secara membuta tuli.

"Bila semua orang sokong, saya rasa seperti melayang-layang pula," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Aspirasi bersama warga Kementerian Pendidikan Malaysia di sini hari ini.

Isnin lalu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam membidas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang didakwa mahu mengikuti Pas untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir.

Tindakan itu dilihat agar UMNO tidak diharamkan dan tidak ketinggalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lamaran untuk UMNO kena dibincangkan dulu, kata Tok Mat

Kita tetap masuk pintu depan: Abdul Hadi

Bagaimanapun semalam, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta agar 'lamaran' terhadap UMNO untuk membentuk pakatan baharu bagi mengukuhkan kepentingan politik Melayu di negara ini mesti dibawa ke meja perbincangan.

Artikel Berkaitan:

Perkara itu dikatakan merujuk kepada perancangan UMNO untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) melalui pembentukan satu pakatan baharu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!