Misi tiga mata Bayern Munich di Eintracht Frankfurt

Kompany. Foto Agensi
Kompany. Foto Agensi
A
A
A

BAYERN Munich bertekad membawa pulang kemenangan apabila bertandang menentang Eintracht Frankfurt dalam aksi Bundesliga di Deutsche Bank Park pada Ahad.

Itu tekad pengendali Vincent Kompany selepas dua perlawanan tanpa kemenangan diharungi gergasi Jerman tersebut.

Bayern tewas 0-1 kepada Aston Villa di Villa Park dalam aksi Liga Juara-Juara pada Khamis untuk kekalahan pertama musim ini di bawah Kompany.

Ia hadir beberapa hari selepas seri 1-1 di tempat sendiri dengan pemegang gelaran domestik Bayer Leverkusen dalam Bundesliga.

“Satu perlawanan yang amat istimewa di Frankfurt menentang pasukan yang sering menghadirkan kesukaran

“Mereka mempunyai ramai pemain muda berbakat yang mengembangkan potensi kelab,” kata Kompany pada sidang akhbar.

Sebagai rekod, Bayern kini berada di kedudukan teratas Bundesliga dengan 13 mata daripada lima perlawanan, dengan Frankfurt ketinggalan satu mata selepas memenangi empat perlawanan liga terakhir berturut-turut.

Jelas Kompany lagi, misi kunjungan ke laman Eintracht adalah meraih tiga mata bagi melebarkan lagi jarak pendahulu liga.

Artikel Berkaitan:

“Bagi kami ia adalah perlawanan biasa. Kami perlu mendapatkan mata kemudian meningkatkan pengukuhan dalam Bundesliga.

“Kemudian saya fokus pada perlawanan seterusnya kerana mempunyai banyak perkara yang perlu diambil dalam perlawanan,” kata Kompany.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!