Abu Hurairah tulis buku ketika tengah marah atau malas

Abu Hurairah menceritakan inti pati buku bertajuk Sayap Yang Tetap Terbang semasa Sesi Bersama Penulis Karangkraf sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 pada Sabtu.
Abu Hurairah menceritakan inti pati buku bertajuk Sayap Yang Tetap Terbang semasa Sesi Bersama Penulis Karangkraf sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Proses menyiapkan buku Sayap Yang Tetap Terbang mengambil masa selama satu tahun kerana inti pati dalam naskhah itu menceritakan realiti kehidupan rumah tangga sebenar.

Penulis buku itu, Abu Hurairah Roslan berkata, buku tersebut mengumpamakan realiti setiap perkahwinan lebih kurang sama, namun masing-masing memiliki ujian yang berbeza-beza.

Abu Hurairah.
Abu Hurairah.

“Jadi proses menulis satu tahun kerana saya kena tunggu isteri dan anak-anak tidur atau saya akan mula berkarya ketika tengah marah atau malas sebab itulah yang perlu diketahui pembaca.

“Tetapi, apabila isteri ada (berada di sebelah) dialah yang memberikan sayap untuk kami sama-sama bangun dan terbang bersama,” katanya kepada Sinar Ahad pada Sabtu.

Abu Hurairah (kanan) bersama pengunjung bergambar sebagai kenangan selepas sesi temu mesra.
Abu Hurairah (kanan) bersama pengunjung bergambar sebagai kenangan selepas sesi temu mesra.

Abu Hurairah berkata demikian selepas Sesi Bersama Penulis sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf.

Jualan tersebut berlangsung sejak 27 September hingga 6 Oktober, bermula jam 9 pagi hingga 7 malam.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi inti pati dalam bahan bacaan tersebut bahawa seorang lelaki akan meletakkan risiko paling besar apabila menerima pasangannya seumur hidup.

Ujarnya, isteri dan anak-anak diamanahkan kepada seorang suami atau bapa, namun lelaki akan menjadi lebih kuat kerana mereka diberikan tanggungjawab daripada ALLAH SWT.

“Sebab kebiasaannya, isteri cuma ada ibu, ayah dan adik-beradik tetapi lepas berkahwin dia perlu duduk dengan seseorang yang baharu bertemu, bukan untuk 10 atau 20 tahun tetapi sampai mati.

“Isteri, bukalah sayap supaya mudah diterbangkan. Ia tidak boleh terbang kalau suami cuma ada satu sayap. Jadi, itulah sebabnya tajuk buku ini Sayap Yang Tetap Terbang,” katanya.

Selain itu, Abu Hurairah memaklumkan, buku tersebut merupakan karya pertama terbitan Kumpulan Karangkraf di bawah Karya Bestari sekali gus menjadikan impian terbesarnya itu sebagai satu kenyataan.

“Harapan saya untuk buku ni, bukan sahaja kepada seorang lelaki tetapi juga kepada wanita. Kalau tak faham suami, bacalah buku ini. Insya-ALLAH mereka akan faham.

“Kita sangat berharap supaya masyarakat suka membaca dan mempunyai ilmu. Karangkraf boleh buat banyak program ini supaya dapat memandaikan rakyat,” tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!