Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel

Kementerian Kesihatan Lubnan mengumumkan serangan Israel di negara itu mengorbankan lebih 2,000 orang. Foto AP
Kementerian Kesihatan Lubnan mengumumkan serangan Israel di negara itu mengorbankan lebih 2,000 orang. Foto AP
A
A
A

BEIRUT - Kementerian Kesihatan Lubnan mengumumkan serangan Israel di negara itu mengorbankan lebih 2,000 orang.

Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.

Kumpulan Hezbollah terlibat dalam pertempuran berterusan dengan tentera Israel di kawasan sempadan Lubnan.

Kata kumpulan itu dalam satu kenyataan, tentera Israel memperbaharui usaha untuk mara di sekitar kampung Adysseh dan anggota Hezbollah menghadapi pertempuran yang berterusan.

Sejak hujung bulan lalu, Israel melancarkan lebih 20 serangan udara ke atas kubu utama Hezbollah di selatan Beirut, yang menyaksikan kemusnahan besar-besaran di kawasan berpenduduk padat.

Ia menyaksikan serangan udara berterusan selain berbalas tembakan di sempadan dan tidak surut sehingga sekarang.

Hezbollah mula melancarkan roket ke Israel hampir setahun lalu, sebagai menyokong sekutunya Hamas dalam perang di Gaza.

Peperangan di Gaza bermula hampir setahun lalu apabila Hamas bertindak balas terhadap Israel, membunuh kira-kira 1,200 orang dan menjadikan lebih 250 tebusan.

Artikel Berkaitan:

Kempen Israel telah membunuh lebih daripada 41,000 rakyat Palestin dan juga memusnahkan kawasan itu.

Israel yang menyerang pergerakan dan sasaran Hezbollah di Lubnan mencetuskan tindak balas Iran, sekali gus menyebabkan kebimbangan meningkat ia menjerumus rantau Asia Barat ke kancah perang lebih meruncing. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!