Manchester City himpit Liverpool

Kovacic antara penjaring gol buat Manchester City. Foto Agensi
Kovacic antara penjaring gol buat Manchester City. Foto Agensi
A
A
A

PENYANDANG juara Manchester City kembali memberikan tekanan kepada pasukan prospek juara Liverpool, selepas menang 3-2 ke atas Fulham dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad.

Tiga mata yang dijelmakan menerusi gol Mateo Kovacic (m-32, m-47) dan Jeremy Doku (m-82) memadamkan jaringan Andreas Pereira (m-26) serta Rodrigo Muniz (m-88) untuk kemenangan kelima selepas tujuh perlawanan.

Anak buah Pep Guardiola mempunyai 17 mata, satu mata di belakang pendahulu Liverpool, manakala Fulham kendalian Marco Silva di tempat ketujuh dengan 11 mata.

“Ya, kami selalu menyatakan bahawa tiada perlawanan yang mudah untuk Manchester City.

“Kami mendominasi pada mulanya dan tidak dapat menjaringkan gol, melepaskan gol dan kemudian kembali dengan pantas semula dalam perlawanan..

“Akhirnya kami menang dalam perlawanan yang sukar menentang lawan jauh berada pada tahap prestasi yang baik, jadi bagi kami adalah bagus untuk terus menang dengan jaringan sebegini,” kata Kovacic.

Sementara itu, Silva yang menyaksikan kekalahan kedua liga Fulham, berkata: “Sudah tentu, kami perlu berasa sangat tidak gembira. Hasilnya, itulah perasaan yang kami ada, kami semua berkongsi dalam bilik persalinan kami.

"Bangga dengan cara kami bermain, lebih berani, tetapi kesudahannya kami tidak berpuas hati dengan keputusan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!