Slot akui terlalu awal nilai prestasi Liverpool

Slot
Slot
A
A
A

ARNE Slot meneruskan pemulaan positif bersama kelab berprofil tinggi, Liverpool apabila menjinakkan Crystal Palace 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Selhurst Park.

Kemenangan The Reds ke atas The Eagles juga meningkatkan status pengendali kelahiran Belanda itu apabila melebarkan rentak kemenangan kesembilan dalam 10 perlawanan pertamanya semua kejuaraan sebagai pengendali Liverpool, permulaan terbaik dalam sejarah kelab.

Biarpun begitu bekas pengendali kelab liga Belanda, Feyenoord Rotterdam itu menegaskan Masih terlalu awal untuk menilai tempoh prestasi pengoperasiannya bersama The Reds.

“Sejujurnya memuaskan dan agak istimewa jika anda tahu berapa ramai pengendali hebat yang dimiliki Liverpool sebelum ini.

“Saya juga pernah berkata minggu lalu bahawa harap mereka tidak hanya mengingati saya dalam satu, dua, tiga, empat, lima tahun sahaja untuk ini.

"Kami berharap dapat melakukan lebih banyak lagi perkara istimewa selepas ini dan ia juga agak bernasib baik dapat mewarisi skuad dan kakitangan yang sangat baik untuk terus mendapat keputusan seperti Jurgen Kloop di sini juga," katanya.

Liverpool selepas ini akan melayan kunjungan kelab berprestasi tinggi Chelsea di Stadium Anfield pada 20 Oktober, kemudian ke Red Bull Arena Leipzig, berdepan kelab Bundesliga Jerman, Red Bull Leipzig dalam aksi Liga Juara-Juara pada 24 Oktober.

Sementara itu, Slot memuji prestasi ditampilkan Alisson Becker disifatkan sebagai penjaga gol terbaik dunia, yang terpaksa dikeluarkan separuh masa kedua selepas mengalami kecederaan hamstring.

Artikel Berkaitan:

"Sekiranya melihat kepada cara dia keluar kebiasaannya bermakna dia tidak berada dalam skuad Brazil dan saya juga tidak menjangka dia akan berada dalam pasukan dalam perlawanan yang kami mainkan selepas itu, tetapi kami perlu tunggu dan lihat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!