Warga emas putih mata wang simpanan lebih RM400,000 lesap

Seorang warga emas berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM406,654 lesap. Foto hiasan
Seorang warga emas berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM406,654 lesap. Foto hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Gara-gara tertarik dengan skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan di laman Facebook, seorang warga emas berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM406,654 lesap.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima satu laporan polis berhubung perkara tersebut daripada lelaki berusia 60 tahun itu, pada Jumaat.

Malah, katanya, lelaki berkenaan turut mengakui tertarik dengan satu pelaburan berkenaan (Dimensional) di laman sosial Facebook hingga sanggup meninggalkan nombor telefonnya di laman berkenaan sebelum dihubungi oleh individu dikenali sebagai Vincent menerusi talian 014-7904658.

“Pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan 10 peratus dalam tempoh tiga bulan daripada modal yang dilaburkan membuatkan mangsa tambah tertarik dan telah memberikan butiran akaun CIMB miliknya bagi urusan transaksi wang keluar masuk serta deposit membuka satu akaun atas nama artisan partners bagi memulakan pembelajaran dalam pelaburan saham tersebut.

“Lelaki itu juga mengakui telah melakukan sebanyak 30 transaksi ke tujuh akaun berbeza mulai 25 Julai hingga 2 Oktober 2024 lalu, dengan keseluruhan modal sebanyak RM461,900,” katanya.

Menurutnya, sepanjang tempoh pelaburan tersebut, mangsa hanya sekali menerima pulangan sebanyak RM55,246 sahaja.

"Mangsa kemudiannya mengesyaki telah ditipu apabila taliannya telah disekat oleh Vincent ketika dia cuba menuntut hasil keuntungannya yang lain," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan juga akan meliputi penglibatan ‘keldai akaun’ dan jika ada tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun yang terlibat," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!