Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan

Emmanuel Macron. Foto AFP
Emmanuel Macron. Foto AFP
A
A
A

PARIS - Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.

Dalam temu bual dengan stesen radio France Inter, Macron menekankan keperluan untuk mengutamakan penyelesaian politik di rantau itu.

Beliau mendakwa Perancis tidak menghantar senjata ke Israel untuk digunakan di Gaza, menurut Agensi Anadolu (AA).

Macron menegaskan bahawa Israel harus mematuhi undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan dalam mempertahankan diri.

Beliau juga menyentuh mengenai serangan terkini Israel ke atas Lubnan dengan menyatakan bahawa "Lubnan tidak boleh menjadi Gaza yang baharu." - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!