MDL siasat kes tular pekerja cuci periuk guna penyapu

Tular video di laman sosial yang memaparkan aksi seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah kedai makan di sini membersihkan periuk menggunakan penyapu pada Sabtu.
Tular video di laman sosial yang memaparkan aksi seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah kedai makan di sini membersihkan periuk menggunakan penyapu pada Sabtu.
A
A
A

LIPIS - Majlis Daerah Lipis (MDL) akan melakukan siasatan susulan penularan rakaman video di laman sosial yang memaparkan aksi seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah kedai makan di sini membersihkan periuk menggunakan penyapu pada Sabtu.

Yang Dipertua MDL, Datuk Mohd Hafizi Ibrahim berkata, pihaknya akan mengambil tindakan mengikut undang-undang jika siasatan mengesahkan kesalahan tersebut dilakukan di premis terbabit.

Beliau berkata sedemikian ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Sebelum ini, tular rakaman video berdurasi dua saat di sebuah halaman Facebook Komuniti Anak-Anak Lipis menimbulkan kemarahan dan kritikan warga maya yang menyifatkan tindakan lelaki itu geli serta menjijikkan.

Dalam klip tersebut, lelaki terbabit sedang mencuci periuk di belakang premis dipercayai terletak di bandar Lipis.

Rata-rata warga maya meminta siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa bagi keselamatan dan kesihatan pengguna di sini.

Sehingga jam 11 pagi, klip itu hampir mencecah 100,000 tontonan, 613 tanda suka dan 675 komen.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Majlis Daerah Lipis (MDL) akan melakukan siasatan susulan penularan rakaman video di laman sosial yang memaparkan aksi seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah kedai makan di Lipis membersihkan periuk menggunakan penyapu pada Sabtu. Yang Dipertua MDL, Datuk Mohd Hafizi Ibrahim berkata, pihaknya akan mengambil tindakan mengikut undang-undang jika siasatan mengesahkan kesalahan tersebut dilakukan di premis terbabit. Beliau berkata sedemikian ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad. Sebelum ini, tular rakaman video berdurasi dua saat di sebuah halaman Facebook Komuniti Anak-Anak Lipis menimbulkan kemarahan dan kritikan warga maya yang menyifatkan tindakan lelaki itu geli serta menjijikkan. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #Restoran

original sound - Sinar Harian
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!