Surah Luqman jadi panduan program Meraikan Calon Bidadari Syurga

Program Meraikan Calon Bidadari Syurga Siri Pertama anjuran Rumah Ngaji Zuliana disertai kira-kira 100 peserta
Program Meraikan Calon Bidadari Syurga Siri Pertama anjuran Rumah Ngaji Zuliana disertai kira-kira 100 peserta
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kisah Luqmanul Hakim dalam Surah Luqman pada ayat 12 sehingga 19 menjadi panduan bagi program Meraikan Calon Bidadari Syurga Siri Pertama anjuran Rumah Ngaji Zuliana.

Program yang disertai kira-kira 100 peserta di Restoran Alkhair di Jalan Ampang kiri di sini memberikan tumpuan kepada asas pengajaran dan pendidikan pembentukan akhlak anak-anak khususnya remaja perempuan.

Penggerak Rumah Ngaji Zuliana, Datin Hartini Abdul Ghani berkata, program perintis itu amat penting dan diketengahkan berikutan peningkatan masalah sosial yang membelenggu golongan remaja pada masa kini.

Hartini Abdul Ghani
Hartini Abdul Ghani

"Namun, dalam program kali ini kita memberi fokus kepada remaja perempuan dahulu kerana mendidik remaja perempuan boleh disifatkan sebagai satu usaha untuk mendidik satu generasi.

"Ini kerana, seorang remaja perempuan bakal menjadi seorang ibu dan ibulah yang melahirkan zuriat serta paling rapat dengan anak-anak jadi daripada seusia kecil sehingga remaja ibu akan melatih anak-anak.

"Sehubungan itu, kita terapkan penekanan kepada remaja perempuan dahulu bagi siri program pertama anjuran Rumah Ngaji Zuliana kali ini," ujarnya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Program yang mendapat kerjasama daripada Rumah Ngaji Kuala Lumpur itu dimulakan dengan majlis khatam al Quran dan diikuti dengan ikrar dua kalimah syahadah.

Artikel Berkaitan:

Program diteruskan dengan menampilkan Ustazah Nurul Hidayah, Ustazah Eda Al Banjari dan Ustazah Syarifah Nawirah BinSmith bagi sesi ceramah fiqhul syariat wanita bertajuk haid, istihadah dan mandi hadas.

Hartini (dua dari kiri) bersama barisan panelis yang diundang.
Hartini (dua dari kiri) bersama barisan panelis yang diundang.

Datin Hartini mengulas lanjut berkata, menerusi Surah Luqman, ada sembilan pesanan di dalam al Quran dan penganjur menitik beratkan perkara itu kepada setiap peserta sebagai panduan untuk mereka menjalani kehidupan seharian.

"Dalam masa sama, kita juga berhasrat untuk mengadakan program Meraikan Calon Bidadari Syurga ini ke peringkat seterusnya sehingga ke peringkat negeri dengan kerjasama Rumah Ngaji Kula Lumpur," ujarnya.

Tumpuan program adalah kepada asas pengajaran dan pendidikan pembentukan akhlak anak-anak khususnya remaja perempuan.
Tumpuan program adalah kepada asas pengajaran dan pendidikan pembentukan akhlak anak-anak khususnya remaja perempuan.

Sementara itu, rata-rata peserta ditemui Sinar Harian menyifatkan program itu memberikan kesan mendalam terhadap mereka malah menguatkan rasa kasih sayang mereka terhadap kedua ibu bapa.

Malah ibu bapa peserta yang ditemui turut menyokong sekiranya ia dapat diteruskan pada masa akan datang berikutan golongan remaja masa kini terdedah kepada pelbagai cabaran dan budaya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!