Bot kargo tamat tempoh lesen ditahan di perairan Pulau Klang

Maritim Malaysia menahan sebuah bot kargo di perairan Pulau Klang, di sini, pada Sabtu.
Maritim Malaysia menahan sebuah bot kargo di perairan Pulau Klang, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Sebuah bot kargo yang beroperasi dengan lesen tamat tempoh di perairan Pulau Klang, di sini, ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), pada Sabtu.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh, bot itu ditahan pada jam 10.30 pagi di kedudukan kirá-kira 0.1 batu nautika timur Pulau Klang.

"Penahanan itu adalah hasil daripada Ops Khas Jamlar yang telah dijalankan bersama Jabatan Laut Wilayah Tengah (JLWT) yang bermula Sabtu dan berakhir pada Ahad," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Abdul Muhaimin berkata, pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan oleh seorang kru warga tempatan berusia 62 tahun.

"Pemeriksaan ke atas dokumen mendapati lesen bot tersebut telah tamat tempoh dan tiada insurans serta nama nahkoda tiada dalam lesen bot," katanya.

Beliau berkata, bot dan kru di bawah ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor.

"Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana lesen bot tamat tempoh, bot tidak memiliki insuran dan juga nama nahkoda tiada dalam lesen bot," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!