Letupan baharu gegarkan Beirut

Kebakaran dan asap meningkat di kawasan yang menjadi sasaran serangan udara Israel di Beirut. Foto AFP
Kebakaran dan asap meningkat di kawasan yang menjadi sasaran serangan udara Israel di Beirut. Foto AFP
A
A
A

BEIRUT - Letupan baharu dilaporkan menggegarkan pinggir bandar selatan Beirut lewat Sabtu ketika Israel meluaskan pengebomannya di Lubnan.

Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hizbullah dan Hamas.

Ribuan orang di Lubnan, termasuk pelarian Palestin, terus melarikan diri dari konflik yang semakin meluas di rantau itu, sementara perhimpunan diadakan di seluruh dunia menandakan ulang tahun yang semakin hampir bermulanya perang di Gaza.

Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad selepas tentera Israel menggesa penduduk mengosongkan kawasan di Dahiyeh, kawasan pinggir bandar yang kebanyakannya Syiah di pinggir selatan Beirut.

Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk, di mana Hizbullah mempunyai kehadiran yang kuat.

Tentera Israel mengesahkan ia menyerang sasaran berhampiran Beirut dan berkata kira-kira 30 peluru telah menyeberang dari Lubnan ke wilayah Israel, dengan beberapa dipintas.

Dalam pada itu, Al Jazeera melaporkan Hizbullah membunuh sekurang-kurangnya 25 askar Israel sejak Israel melancarkan operasi darat ke selatan Lubnan awal minggu ini.

Tentera Israel berkata sembilan daripada tenteranya telah terbunuh setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Tentera juga mendakwa ia membunuh 250 pejuang Hizbullah. - Awani

@sinarharianonline Letupan baharu dilaporkan menggegarkan pinggir bandar selatan Beirut lewat Sabtu ketika Israel meluaskan pengebomannya di Lubnan. Serangan itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad selepas tentera Israel menggesa penduduk mengosongkan kawasan di Dahiyeh, kawasan pinggir bandar yang kebanyakannya Syiah di pinggir selatan Beirut. Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk dan Hizbullah dipercayai berada di lokasi terbabit. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral#Beirut#LetupanKuat original sound - Sinar Harian
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!