Belanjawan 2025: Sabah negeri besar, perlu banyak peruntukan - Hajiji

Hajiji pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutupan Perasmian Taklimat Gerak Kerja Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sini pada Ahad.
Hajiji pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutupan Perasmian Taklimat Gerak Kerja Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sini pada Ahad.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berharap Sabah akan mendapat peruntukan lebih banyak dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.

Beliau berkata, Sabah masih memerlukan peruntukan yang banyak dengan mengambil kira keluasan negeri ini yang besar.

"Memang saya selalu menyatakan kepada Perdana Menteri berilah peruntukan yang banyak kepada Sabah. Sabah satu negeri yang besar dan kita memerlukan peruntukan yang banyak.

"Tahun ini kita dapat RM6.6 bilion, ini tidak termasuk projek-projek yang lain seperti Pan Borneo dan lain-lain. Jadi harapan kita dalam pembentangan belanjawan di Parlimen nanti, Sabah akan mendapat perbelanjaan atau peruntukan yang lebih banyak daripada tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutupan Perasmian Taklimat Gerak Kerja Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sini pada Ahad.

Sebelum itu, beliau yang juga Pengerusi GRS diminta mengulas mengenai harapannya terhadap pembentangan Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!