Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan

Pekerja lapangan terbang mengangkut bantuan kemanusiaan, yang disediakan oleh Mesir, di lapangan terbang antarabangsa Beirut Lubnan. Foto AFP
Pekerja lapangan terbang mengangkut bantuan kemanusiaan, yang disediakan oleh Mesir, di lapangan terbang antarabangsa Beirut Lubnan. Foto AFP
A
A
A

KAHERAH - Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Mesir, sebuah pesawat yang membawa bantuan termasuk ubat-ubatan dan bekalan perubatan telah mendarat di Lapangan Terbang Beirut.

Inisiatif itu adalah selaras dengan arahan Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi untuk memberikan sokongan kepada Lubnan dan rakyatnya sebagai tindak balas terhadap kesan 'pencerobohan Israel'.

Dalam perkembangan berasingan, kementerian itu melaporkan bahawa kedutaan Mesir di Lubnan telah memudahkan kepulangan 286 rakyat Mesir yang terkandas ke Mesir melalui penerbangan khas yang dikendalikan oleh EgyptAir, susulan penggantungan kebanyakan perkhidmatan penerbangan komersial akibat serangan Israel.

Israel baru-baru ini telah meningkatkan serangan udara ke atas Beirut dan kawasan sekitarnya, menyasarkan pegawai dan kemudahan Hizbullah, serta melancarkan apa yang disifatkannya sebagai operasi ketenteraan darat "terhad" ke Lubnan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!