Terengganu International Paramotor Challenge
eserta Paramotor yang mengambil bahagian acara Terengganu International Paramotor Challenge 2024 (Friendly Match) melintasi jambatan ikonik Terengganu, Jambatan Angkat di Dataran Jambatan Angkat, Seberang Takir.
Terengganu International Paramotor Challenge anjuran Persatuan Paramotor Jom Fly Malaysia disertai 26 peserta bertujuan memperkenalkan serta mempromosikan sukan udara tersebut kepada masyarakat terutamanya generasi muda.
Acara yang berlangsung selama tiga hari sejak Khamis lepas, menyaksikan dua kategori dipertandingkan iaitu 'Trike Launch' dan 'Foot Launch' dengan menawarkan hadiah bernilai RM1,500 bagi tempat pertama, RM500 (kedua) dan RM200 (ketiga).
Kerajaan negeri juga turut bercadang untuk menjadikan acara tersebut sebagai acara pelancongan sepanjang tahun untuk tahun hadapan. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!