Banjir kilat: 116 mangsa terjejas, dua PPS dibuka di Kluang

Keadaan banjir kilat di sekitar Simpang Renggam Kluang. Foto APM Johor
Keadaan banjir kilat di sekitar Simpang Renggam Kluang. Foto APM Johor
A
A
A

KLUANG - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Onn Jaafar dan SK Seri Kampung Renggam bagi menempatkan 116 penduduk daripada 36 keluarga yang terjejas akibat banjir kilat pada Ahad.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, kesemua mangsa banjir dipindahkan ke PPS yang dibuka pada 12.30 tengah hari selepas kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat melebihi dua jam awal pagi tadi.

Keadaan banjir kilat di sekitar Simpang Renggam Kluang. Foto APM Johor
Keadaan banjir kilat di sekitar Simpang Renggam Kluang. Foto APM Johor

"PPS SK Dato Onn menempatkan 68 mangsa daripada 20 keluarga yang merupakan penduduk Taman Suria dan Taman Rekamas.

"Manakala 48 mangsa daripada 16 keluarga yang merupakan penduduk Kampung Seri Tengah, Renggam berlindung di PPS SK Seri Kampung Renggam," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pemantauan telah dilakukan di kawasan Kampung Palembang dan Kampung Bentong mendapati beberapa rumah mula dinaiki air di sekitar kawasan halaman luar rumah.

Keadaan banjir kilat di sekitar Simpang Renggam Kluang. Foto APM Johor
Keadaan banjir kilat di sekitar Simpang Renggam Kluang. Foto APM Johor

“Terdapat sebuah rumah di Kampung Bentong telah dinaiki air dan mangsa telah berpindah ke kawasan yang selamat.

Artikel Berkaitan:

“Pemantauan berterusan akan dijalankan oleh Pasukan Boatman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dari masa ke masa,” katanya.

Beliau seterusnya menasihati orang ramai untuk terus berwaspada dan berhati-hati dalam menghadapi situasi banjir memandangkan cuaca yang tidak menentu.

“Sila patuh kepada arahan dan nasihat berpindah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Awasi anak-anak anda dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir,” katanya.

@sinarharianonline

Banjir kilat: 116 mangsa terjejas, dua PPS dibuka di Kluang #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Edisi #Johor #Kluang #Banjir #PPS

Hard News - DM Production

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!