Kerajaan setuju latihan bahasa Cina, Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan - PM

Anwar (dua dari kanan) beramah mesra bersama para pelajar selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh pada Ahad. Foto Bernama
Anwar (dua dari kanan) beramah mesra bersama para pelajar selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju supaya ruang tambahan bagi latihan Bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan, selain daripada Bahasa Kebangsaan.

Beliau berkata, hal ini supaya lebih banyak guru dalam mata pelajaran berkenaan dapat dilatih Kementerian Pendidikan (KPM) untuk dihantar ke sekolah jenis Tamil dan Cina.

"Sepertimana juga yang kita putuskan di beberapa sekolah kebangsaan iaitu anak-anak India yang memilih untuk menguasai atau mempelajari bahasa Tamil atau anak-anak Cina di sekolah menengah kebangsaan, itu harus kita pastikan ia (penguasaan bahasa ibunda) dapat ditingkatkan.

"Ini dasar yang tak bercanggah dengan dasar negara kita. Sebab itu saya katakan biar ada komitmen jelas dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India dan Sabah dan Sarawak, tentang Bahasa Kebangsaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Heawood di sini pada Ahad. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!