Lebih 100,000 sukarelawan bersama bersihkan Malaysia

Sukarelawan sedang mengutip sampah di persisiran pantai Kurong Tegar di Kuala Perlis, pada Ahad.
Sukarelawan sedang mengutip sampah di persisiran pantai Kurong Tegar di Kuala Perlis, pada Ahad.
A
A
A

KUALA PERLIS - Program World Cleanup Day 2024 berjaya mengumpul lebih 100,000 sukarelawan seluruh negara untuk bersama -sama membersihkan 1,280 buah lokasi di seluruh negara.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dalam kenyataan berkata, program terbabit bermula dari 21 hingga 29 September dan pada 6 Oktober iaitu pada hari perasmian.

Katanya, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mencemar duli merasmikan program berkenaan bertempat di Dataran Kurong Tengar di sini.

"Jumlah sukarelawan yang terlibat terdiri daripada individu dan agensi.Jumlah sukarelawan itu telah melepasi sasaran awal iaitu 40,000," katanya memetik kenyataan terbabit pada Ahad.

Menurutnya, pelaksanaan program tersebut berjaya mengutip sebanyak 7,882 sisa dan 49,968 unit putung rokok.

"Bertemakan We Clean The World, sambutan program ini melibatkan pelbagai aktiviti antaranya pembersihan kawasan, audit sisa dan Kayuhan World Cleanup Day bersama Raja Muda Perlis," jelasnya. Katanya,

Sukarelawan yang mengambil bahagian turut sama mencari sampah di celahan batu.
Sukarelawan yang mengambil bahagian turut sama mencari sampah di celahan batu.



Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga telah memperolehi tiga pengiktirafan Malaysia Book Of Records iaitu kategori penyertaan paling ramai dan serentak seluruh negara melebihi 50,000 peserta.

"Dua lagi pengiktirafan adalah bagi kutipan sisa paling berat 3,000 tan metrik sisa pepejal dan tempoh masa gotong-royong paling lama iaitu 12 jam," katanya.

Sementara itu, sukarelawan yang juga pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Muhammad Nabil Aiman Nor Asrol, 22 berkata, sampah paling banyak dikutip olehnya di persisiran pantai Kuala Perlis adalah polisterin makanan.

"Kalau di kawasan Seagate sana banyak botol kaca dan lampin pakai buang bayi," katanya.

MUHAMMAD NABIL AIMAN
MUHAMMAD NABIL AIMAN



Menurut pelajar Reka Bentuk Telekomunikasi ini, penyertaannya sebagai sukarelawan dalam program terbabit membuktikan dia dapat menyumbang sesuatu untuk kelestarian negara.

Artikel Berkaitan:

"Ini kali kedua saya sertai gotong-royong macam ini.Cuma kali ini lebih ramai dan daripada pelbagai latar belakang jadi lebih meriah," katanya.

MUHAMMAD IRFAN ZAFRAN
MUHAMMAD IRFAN ZAFRAN



Bagi Muhammad rfan Zafran Shahirul Fairuz,20, pihak berkaitan perlu memperbanyakkan tong sampah kerana terdapat individu yang membuang sampah merata-rata kerana tiada tong sampah berdekatan.

"Cuma saya harap orang ramai dapat sama-sama jaga kebersihan. kalau tak ada tong sampah berdekatan, bawa pulang sampah itu," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!