Sindiket bawa masuk warga Bangladesh menyamar ahli sukan tumpas

Sebahagian warga asing dari Bangladesh yang cuba dibawa masuk oleh kumpulan sindiket ke negara ini dengan menyamar sebagai 'ahli sukan' diberkas dalam operasi khas JIM di Maluri, Kuala Lumpur pada Khamis. Foto: JIM.

A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket membawa masuk warga asing dalam satu operasi khas di Maluri, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi bermula jam 10.38 pagi itu melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat daripada Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, ibu pejabat JIM Putrajaya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awam serta risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi telah diatur gerak ke lokasi dan berjaya menahan tiga lelaki warganegara Bangladesh yang dipercayai sebagai 'sindiket'.

Kata beliau, dua lelaki warganegara Bangladesh yang ditahan memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), manakala seorang lagi lelaki warganegara Bangladesh telah tinggal lebih masa.

Sebahagian warga asing dari Bangladesh yang cuba dibawa masuk oleh kumpulan sindiket ke negara ini dengan menyamar sebagai 'ahli sukan' diberkas dalam operasi khas JIM di Maluri, Kuala Lumpur pada Khamis. Foto: JIM.
Sebahagian warga asing dari Bangladesh yang cuba dibawa masuk oleh kumpulan sindiket ke negara ini dengan menyamar sebagai 'ahli sukan' diberkas dalam operasi khas JIM di Maluri, Kuala Lumpur pada Khamis. Foto: JIM.

"Turut ditahan di lokasi yang sama adalah 18 orang lagi lelaki warganegara Bangladesh dan kesemuanya berusia di antara 21 hingga 33 tahun.

"Jumlah keseluruhan yang ditahan adalah seramai 21 orang.

"Pasukan operasi telah merampas sebanyak 18 pasport Bangladesh, wang tunai RM990 dan surat jemputan untuk menyertai pertandingan sukan berserta jadual pertandingan di negara ini yang dipercayai palsu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Zakaria berkata, modus operandi sindiket adalah membawa masuk warganegara asing terutamanya warganegara Bangladesh dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan berpakaian sukan.

Menurutnya lagi, pihak sindiket turut menempah tiket pulang semula ke Bangladesh dan menempah bilik di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur sehari sebelum tarikh perlawanan, semasa masuk ke Malaysia bagi mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, kadar bayaran yang dikenakan oleh sindiket adalah sebanyak RM2,000 hingga RM5,000 untuk setiap orang.

Tambahnya, sindiket dipercayai telah beroperasi selama empat bulan.

"Kesemua warganegara asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Lenggeng kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(3), Seksyen 15(4), Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 dan Perkara 39(b) Peratutan-Peraturan Imigresen 1963.

"Seramai dua lelaki warganegara Malaysia diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan," ujarnya.

Beliau berkata, JIM akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

@sinarharianonline

Sindiket bawa masuk warga Bangladesh menyamar ahli sukan tumpas #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Jenayah #Sindiket #PATI #Bangladesh #JIM #Sukan

News - AShamaluevMusic

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!