MAINPP putuskan harus laksana sistem kubur bertingkat

Pelaksanakan kaedah tanah perkuburan Islam bertingkat telah dibuat di Masjid Al-Jamiul Badawi, di Kepala Batas.
Pelaksanakan kaedah tanah perkuburan Islam bertingkat telah dibuat di Masjid Al-Jamiul Badawi, di Kepala Batas.
A
A
A

SEBERANG JAYA - Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang memutuskan pelaksanakan kaedah tanah perkuburan Islam bertingkat di masjid-masjid tertentu di negeri ini adalah harus.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, pelaksanaan kaedah kubur bertingkat di negeri ini telah dibuat di beberapa masjid antaranya di Masjid Al-Jamiul Badawi, di Kepala Batas.

"Kita di Pulau Pinang dari sudut jawatankuasa fatwa telah lama bincangkan hal ini bukan hari ini sahaja malah lebih 20 tahun telah memutuskan berdasarkan kepada permintaan masjid-masjid tertentu.

Mohamad (tengah) ketika melancarkan buku serta video korporat Yayasan Islam Pulau Pinang, pada Ahad.
Mohamad (tengah) ketika melancarkan buku serta video korporat Yayasan Islam Pulau Pinang, pada Ahad.

"Selain itu, beberapa masjid lain juga kita sudah lakukan tambun tanah untuk melaksanakan kaedah ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan seminar kenegaraan generasi Madani dan pelancaran buku serta video korporat Yayasan Islam Pulau Pinang, di sini pada Ahad.

Difahamkan selain Masjid Jamiul Badawi, sebuah masjid lagi iaitu Qaryah Masjid Maqbul Teluk Kumbar telah melaksanakan sistem tanah kubur bertingkat.

Mengulas mengenai isu tanah perkuburan Islam di negeri ini, Dr Mohamad yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 berkata, pihaknya juga menerima permohonan untuk pertambahan tanah-tanah perkuburan dari jawatankuasa masjid bagi pembelian tanah.

Bagi tujuan itu, katanya MAINPP juga membuka wakaf kepada orang ramai untuk mendapatkan kawasan-kawasan lapang bagi digunakan sebagai tanah perkuburan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!