Mayat lelaki ditemukan terdampar di atas batu

Pasukan bomba membawa mayat seorang lelaki naik ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Pasukan bomba membawa mayat seorang lelaki naik ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis.
A
A
A

GEORGE TOWN - Mayat seorang lelaki ditemui terdampar di atas batu berhampiran pesisir pantai Tanjung Tokong di sini, pada petang Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat berkenaan kira-kira jam 6.34 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal ke lokasi berkenaan.

"Apabila pasukan bomba tiba di tempat kejadian mendapati terdapat seorang mangsa yang terdampar di atas batu anggaran jarak 50 meter dari pesisiran pantai.

"Mangsa dikenali A Sekar, 44, telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Jurucakap berkenaan berkata, pasukan bomba telah membawa mayat lelaki berkenaan naik ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Mayat lelaki berkenaan kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!