24 orang terbunuh selepas Israel serang masjid, sekolah di Gaza

Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera akibat serangan udara Israel menyerang sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza pada Ahad. - Foto Reuters
Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera akibat serangan udara Israel menyerang sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza pada Ahad. - Foto Reuters
A
A
A

GAZA - Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 93 lagi cedera akibat serangan udara Israel di sebuah masjid dan sebuah sekolah yang menempatkan penduduk Gaza pada Ahad.

Pegawai kesihatan Palestin melaporkan sekurang-kurangnya 20 orang lagi terbunuh sejak malam Sabtu di utara Gaza, selepas tentera Israel menghantar kereta kebal ke kawasan tersebut buat kali pertama dalam beberapa bulan dan menggesa penduduk berlindung di zon selamat di selatan.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka telah melakukan 'serangan tepat ke atas Hamas' yang didakwa beroperasi sebagai pusat komando dan kawalan yang terletak di Sekolah Ibn Rushd dan Masjid Shuhada al-Aqsa di kawasan Deir al-Balah di tengah Gaza.

Dalam masa sama, Hamas menolak tuduhan Israel yang menyatakan bahawa mereka menggunakan kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan masjid untuk tujuan ketenteraan.

Serangan ke atas masjid dan sekolah itu berlaku ketika peperangan antara Israel dan Hamas menghampiri usia setahun pada 7 Oktober sebelum Israel memperluas tindakan kejamnya di Lubnan.

Serangan Israel ke atas Gaza telah membunuh hampir 42,000 rakyat Palestin dan menyebabkan hampir 2.3 juta penduduk kawasan tersebut terpaksa berpindah sekali gus mencetuskan krisis kebuluran kepada penduduk di Gaza. - Agensi/Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!