MCM sasar kutipan RM1 juta kempen susu, air untuk Gaza

Pengasas Maktabah al Bakri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bersama Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan bergambar dengan tetamu pada majlis Makan Malam Amal Memperingati Perjuangan 365 Hari Taufan Al-Aqsa yang diadakan pada Ahad.

A
A
A

AMPANG - Tanggal 7 Oktober tahun lalu adalah permulaan kepada berlakunya ‘Taufan Al-Aqsa’ apabila rejim Zionis mula membedil Gaza tanpa henti dengan menggunakan bom dan peluru.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu telah berlanjutan selama setahun dan ia mengakibatkan kemusnahan Palestin secara total.

Sehubungan itu, Muslim Care Malaysia (MCM) selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergiat aktif menyalurkan bantuan kepada Palestin menyasarkan kutipan sumbangan berjumlah RM1 juta bagi kempen susu dan air di Gaza.

Pengasas Maktabah al Bakri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (kiri) bersama Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan (kanan) melancarkan kempen susu dan air untuk rakyat Gaza pada majlis Makan Malam Amal Memperingati Perjuangan 365 Hari Taufan Al-Aqsa yang diadakan pada Ahad.

Presidennya, Zulkifli Wahijan berkata, sepanjang berlakunya Taufan Al-Aqsa, MCM telah menyalurkan wang sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM5.5 juta.

“Angka RM5.5 juta yang telah disalurkan itu mungkin dianggap besar bagi kita, namun jumlah itu sebenarnya belum memadai.

“Bersempena majlis makan malam pada hari ini, kami menyasarkan untuk mengumpul RM1 juta lagi daripada rakyat Malaysia untuk disalurkan ke Gaza kerana keperluan di sana semakin mendesak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Makan Malam Amal memperingati perjuangan 365 hari Taufan Al-Aqsa di Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Antara tetamu yang hadir, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Duta MCM, Datuk Dr Norhafizah Musa.

Mengulas lanjut, Zulkifli memaklumkan bahawa fokus bantuan pada kali ini ialah air bersih dan susu formula untuk bayi.

“Harga air bersih di Gaza ialah RM5.20 satu liter dan satu tin susu formula seberat 400 gram untuk bayi ialah RM38 di tengah Gaza dan Khan Younis.

“Bagaimanapun, namun meningkat sehingga RM59 di Jabalia, Utara Gaza kerana lebih sukar diperolehi,” ujarnya.

Pengasas Maktabah al Bakri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (kiri) bersama Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan (kanan) melancarkan buku Taufan Al Aqsa dan As-Syahid Ismail Haniyeh: Tokoh Pejuang Palestin Hingga Ke Titisan Darah Terakhir pada majlis Makan Malam Amal Memperingati Perjuangan 365 Hari Taufan Al-Aqsa yang diadakan pada Ahad.

Sementara itu, Dr Zulkifli berkata, pelaksanaan kempen berkenaan secara tidak langsung dapat membantu salah satu masalah yang dihadapi mereka.

Menurutnya, bantuan kewangan itu boleh digunakan oleh rakyat Palestin dalam mendapatkan bekalan air bersih, susu dan makanan.

“Saya yakin dan percaya, Insya-ALLAH apabila kita boleh lakukan perkara sedemikian (beri sumbangan), kita boleh berjaya,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!