Pendengaran kes Paqueta Mac 2025

Paqueta (tengah) didakwa sengaja mendapatkan kad kuning dalam perlawanan EPL menentang Leicester City pada musim 2022/23. Foto Agensi
Paqueta (tengah) didakwa sengaja mendapatkan kad kuning dalam perlawanan EPL menentang Leicester City pada musim 2022/23. Foto Agensi
A
A
A

BINTANG West Ham, Lucas Paquetá akan menghadiri pendengaran mengenai dakwaan melanggar peraturan pertaruhan perlawanan pada Mac tahun hadapan, lapor sumber.

Pemain tengah antarabangsa Brazil itu telah didakwa oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris pada bulan Mei dan didakwa sengaja menerima kad kuning dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Paqueta, 27, menafikan semua dakwaan tersebut.

Satu siasatan ke atas bekas bintang Lyon itu dibuka pada musim panas 2023 - kesalahan yang didakwa berkaitan dengan perlawanan EPL antara November 2022 dan Ogos 2023.

West Ham mengeluarkan kenyataan pada Mei lalu yang menyatakan bahawa mereka akan menyokong Paquetá sepanjang proses undang-undang.

Bintang Hammers itu terus beraksi dalam pasukan utama dan menjaringkan gol dalam kemenangan ke atas Ipswich Town pada Sabtu lalu.

Menurut The Sun, West Ham mengharapkan pendengaran Paquetá akan berlangsung sebelum akhir musim, yang menyebabkan sebahagian orang di kelab berasa kecewa.

Jika didapati bersalah, Paqueta boleh dikenakan hukuman sehingga penggantungan seumur hidup.

Artikel Berkaitan:

Pengurus Hammers, Julen Lopetegui enggan memberikan tekanan berlebihan di atas padang kepada pemain tersebut, menyedari kesan yang ditanggung akibat dakwaan tersebut.

“Dia sedang berusaha keras, cuba memahami apa yang kami mahukan daripadanya.

“Kami berusaha membantunya menjadi lebih baik. Dia adalah pemain penting,” ujar Lopetegui.

Paquetá telah didakwa dengan dua tuduhan gagal mematuhi siasatan, selain daripada dakwaan sengaja mendapatkan empat kad kuning yang sedang disiasat.

Kad kuning itu diperoleh dalam perlawanan menentang Leicester, Aston Villa, Leeds, dan Bournemouth.

Siasatan ini dimulakan setelah pola pertaruhan yang tidak teratur dikesan.

Beberapa pertaruhan yang dipertikaikan dikesan dari Pulau Paquetá di Brazil, tempat di mana pemain tengah West Ham itu dibesarkan dan dari mana nama samaran beliau berasal (nama penuhnya adalah Lucas Tolentino Coelho de Lima).

Paquetá, yang merupakan sebahagian daripada skuad Brazil di Piala Dunia 2022 dan Copa America 2024, menjaringkan lapan gol dalam 41 penampilan dalam semua pertandingan musim lalu.

Untuk musim baharu EPL, Paqueta setakat ini sudah menyumbat dua gol masing-masing satu menentang Ipswich Town dan satu ketika menyempurnakan penalti semasa menentang Aston Villa pada minggu pembukaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!