Remaja ditikam 50 kali, dibakar hidup-hidup

Kejadian pembunuhan kejam itu berlaku pada Rabu lalu. Foto Agensi
Kejadian pembunuhan kejam itu berlaku pada Rabu lalu. Foto Agensi
A
A
A

MARSEILLE - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditikam sebanyak 50 kali dan dibakar hidup-hidup dalam kejadian menggemparkan di Perancis.

Pendakwa raya Marseille, Nicolas Bessone berkata, mangsa dibunuh dengan kejam pada Rabu lalu.

"Ia adalah satu bentuk kezaliman yang tidak pernah berlaku sebelum ini," ujarnya merujuk kepada kes mengerikan itu.

Difahamkan, Marseille, bandar kedua terbesar di negara Eropah Barat itu adalah salah satu kota termiskin yang turut dicemari insiden keganasan berkaitan dadah didalangi pelbagai geng jenayah.

"Kebanyakan mangsa dan pelaku adalah golongan muda dan ia semakin membimbangkan," kata Bessone lagi.

Menurutnya, mangsa tersebut dipercayai diupah banduan berusia 23 tahun untuk menakut-nakutkan geng lawan.

"Remaja malang itu bagaimanapun dilihat anggota geng tersebut yang kemudiannya bertindak menikam berkali-kali sebelum membakarnya hidup-hidup.

"Banduan sama merekrut seorang lagi remaja berumur 14 tahun untuk melancarkan serangan balas dendam, namun dia juga akhirnya dibunuh," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Dua kes terbaharu itu menjadikan jumlah pembunuhan kejam berkaitan dadah di Marseille meningkat kepada 17 orang sepanjang tahun ini. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!