Warga emas rentung terperangkap dalam kebakaran

Pasukan bomba melakukan pemeriksaan susulan terdapat seorang rentung dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Pituru, Kudat.
Pasukan bomba melakukan pemeriksaan susulan terdapat seorang rentung dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Pituru, Kudat.
A
A
A

KUDAT - Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas kediamannya musnah dalam kebakaran di Kampung Pituru, di sini pada malam Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Lo Hiong Lan, 76, yang tinggal sendirian ditemukan di ruang tamu tingkat bawah rumah tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jabas berkata, seramai tiga anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 45 kilometer dari BBP Kudat selepas menerima panggilan pada jam 8.10 malam.

Keadaan rumah yang musnah dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Pituru, Kudat.
Keadaan rumah yang musnah dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Pituru, Kudat.

"Kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat terbakar sepenuhnya dan dipadamkan orang kampung sebelum ketibaan pasukan bomba," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya lagi, mangsa ditemukan rentung ketika proses proses pemeriksaan dan pemadaman susulan sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.25 pagi selepas memastikan keadaan lokasi selamat," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Keadaan rumah yang musnah dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Pituru, Kudat.
Keadaan rumah yang musnah dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Pituru, Kudat.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Pituru, Kudat.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Pituru, Kudat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!