Mangsa banjir kilat di Johor meningkat

Anggota APM meninjau keadaan banjir kilat di kawasan rumah penduduk. Foto APM Johor
Anggota APM meninjau keadaan banjir kilat di kawasan rumah penduduk. Foto APM Johor
A
A
A

KLUANG – Jumlah mangsa banjir kilat di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di sini menunjukkan peningkatan setakat jam 4 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anom di daerah Pontian dibuka bagi menempatkan 120 penduduk daripada 39 keluarga yang terjejas.

Manakala PPS SK Simpang Renggam, SK Sri Kencana dan SK Sungai Linau di daerah Kluang turut dibuka bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir kilat yang terjejas.

Keadaan rumah penduduk yang dimasuki air banjir. Foto APM Johor
Keadaan rumah penduduk yang dimasuki air banjir. Foto APM Johor

“Pembukaan empat PPS tersebut menjadikan sebanyak tujuh PPS kini beroperasi, iaitu enam bagi daerah Kluang yang menempatkan 498 penduduk daripada 146 keluarga.

“Secara keseluruhannya, seramai 618 penduduk daripada 185 keluarga dilaporkan terjejas akibat banjir kilat berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Sungai Benut di Simpang Renggam dilaporkan berada pada paras waspada apabila mencatatkan bacaan 6.29 meter berbanding 5 meter bagi paras normal.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!