Formula mencipta ‘Rumah Impian, Syurga Idaman’

Pameran pelbagai jenis hartanah untuk pengunjung yang hadir ke Karnival UDA @ Lembah Klang.
Pameran pelbagai jenis hartanah untuk pengunjung yang hadir ke Karnival UDA @ Lembah Klang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dipenuhi kasih sayang, bersih dan meletakkan solat sebagai keutamaan merupakan antara formula penting bagi sesebuah keluarga untuk mencipta kediaman sebagai syurga idaman.

Penceramah selebriti, Amin Idris berkata, aspek lain yang turut diperlukan ialah menghubungkan antara satu sama lain dan keselamatan. Menurutnya, bagi memudahkan untuk mengingati perkara tersebut, beliau mencipta formula tersendiri iaitu KBSM-K.

“Maksud ‘K’ bagi formula ini ialah kasih sayang. ‘B’ pula membawa maksud bersih. Bersih ini sebenarnya pilihan tidak kiralah bagaimana bentuk kediaman kita, kebersihan perlu diutamakan.

“S’ pula membawa maksud solat. Setiap keluarga perlu hidupkan solat dalam rumah dan kerana solat itu sendiri tiang agama. ‘M’ pula membawa maksud menghubungkan antara kita dengan jiranjiran sekeliling.

“K, pula membawa maksud keselamatan yang mana dalam kita mencari sesebuah kediaman untuk diduduki ciri itu juga penting demi kesejahteraan keluarga.

“Jika kesemua ciri-ciri ini diamalkan, Insya-ALLAH usaha untuk mencipta rumahku syurgaku ini akan tercapai,” katanya ketika Sembang Santai UDA 2024@SSU anjuran syarikat pembangunan hartanah dan pengurusan aset, UDA Holdings Berhad (UDA).

Sembang Santai UDA 2024 bersama Ismail selaku hos dan panel Amin Idris (kanan) di Karnival UDA 2024 @Lembah Klang, Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn, pada Sabtu.
Sembang Santai UDA 2024 bersama Ismail selaku hos dan panel Amin Idris (kanan) di Karnival UDA 2024 @Lembah Klang, Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn, pada Sabtu.

Program yang menampilkan Ismail Adnan sebagai moderator itu diadakan sempena Karnival UDA 2024@Lembah Klang yang diadakan di Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn, di sini pada 27 hingga 29 September lepas.

Artikel Berkaitan:

Acara tersebut dihadiri Ketua Pegawai Operasi, UDA Land Sdn Bhd, Zaiwati Othman, Ketua Bahagian Pemasaran & Jualan Hartanah Kumpulan, Noorhasniza Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin dan Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.

Menurut Amin, kesemua ciri-ciri berkenaan perlu dijadikan asas oleh setiap individu bagi menggapai kediaman idaman seperti yang diidamkan.

Ujarnya, dalam mencari tempat tinggal yang terbaik untuk keluarga bukan sahaja meletakkan lokasi yang strategik dan keselamatan sebagai pertimbangan penting tetapi kemudahan beribadah juga wajar diutamakan.

Pengunjung tidak melepaskan peluang menyertai pelbagai program yang diadakan sepanjang Karnival UDA @ Lembah Klang.
Pengunjung tidak melepaskan peluang menyertai pelbagai program yang diadakan sepanjang Karnival UDA @ Lembah Klang.

“Sebagai contoh kita sebagai umat Islam, perlu mencari kediaman yang mempunyai surau atau masjid yang dekat dengan tempat tinggal kita.

“Ia merupakan kemudahan yang akan selalu kita gunakan disamping berdekatan dengan dobi, pusat perdagangan, sekolah dan pengangkutan awam,” katanya.

Terdahulu, Karnival UDA 2024 yang masuk tahun ketiga penganjurannya menampilkan kelainan dan konsep baharu iaitu tujuh zon untuk seisi keluarga merangkumi Pavilion UDA, Ruang Rasa Aura Wanita, Maskulin, Fiesta Bakat, Pa&Ma dan Jualan Pelbagai.

Noorhasniza (tiga dari kanan) menerima cenderamata dari wakil Sinar Karangkraf, Farah (empat dari kanan) selepas program Sembang Santai UDA 2024 @ SSU bertajuk ‘Rumah Impian, Syurga Idaman'.
Noorhasniza (tiga dari kanan) menerima cenderamata dari wakil Sinar Karangkraf, Farah (empat dari kanan) selepas program Sembang Santai UDA 2024 @ SSU bertajuk ‘Rumah Impian, Syurga Idaman'.

Bersempena Karnival UDA 2024 @ Lembah Klang juga, UDA membawakan tarikan baharu dengan berkolaborasi bersama rakan strategik antaranya Majlis Sukan Negara (MSN), Ideaktiv, DC Healthcare Holdings Berhad dan Angkatan Tentera Malaysia.

Turut diadakan sepanjang karnival berlangsung antaranya pelbagai gerai jualan usahawan, reruai pameran agensi kerajaan dan rakan strategik, aktiviti sukan, konsert dan Jualan Madani oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Bermanfaat

NORLY
NORLY



Sementara itu, seorang pengunjung, Norly Shaari, 50, menyifatkan penganjuran karnival berkenaan sangat bermanfaat khususnya kepada individu yang ingin mencari kediaman mengikut kemampuan masing-masing.

Ini kerana menurut suri rumah yang menetap di Pandan Jaya, dengan adanya pameran pelbagai konsep kediaman ia membantu pengunjung mendapat khidmat nasihat terbaik.

“Karnival UDA ini wajar diteruskan pada masa akan datang untuk memberi peluang kepada orang ramai mendapat maklumat mengenai hartanah dan memilih konsep kediaman mengikut kemampuan masing-masing,” katanya.

SITI ROHANI
SITI ROHANI

Seorang lagi pengunjung, Siti Rohani Abd Mutalib, 37, dari Shah Alam Selangor berkata, dia dan keluarga sangat teruja untuk menghadiri karnival sedemikan.

Sehubungan itu, suri rumah tersebut berharap agar lebih banyak acara seumpamanya diadakan.

“Saya sangat teruja dengan pameran hartanah ini kerana kita berpeluang bertanya dan mendapat maklumat mengenai projek perumahan yang ditawarkan. Program ini sangat membantu individu yang ingin membeli rumah,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!