Speaker DUN Kelantan dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan KIAS

Mohd Amar (kanan) yang menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan KIAS disampaikan oleh Mohd Nassuruddin.
Mohd Amar (kanan) yang menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan KIAS disampaikan oleh Mohd Nassuruddin.
A
A
A

KOTA BHARU - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pada Istiadat Konvokesyen KIAS kali ke-24, di sini, pada Isnin.

Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan itu dianugerahkan ijazah berkenaan bagi menghargai jasa beliau yang begitu besar terhadap penubuhan KIAS.

Mohd Amar dalam ucapannya berkata, berbelah bagi dan amat berat untuk beliau menerima penganugerahan itu.

“Saya berasakan jasa saya amat kecil dan sumbangan yang diberikan adalah hasil daripada kerjasama semua pihak, bukan usaha saya secara bersendirian.

“Allah menempatkan saya bersama pasukan hebat dan segala perancangan berjaya dicapai dengan baik,” katanya.

Istiadat konvokesyen itu menyaksikan seramai 245 graduan diraikan atas kejayaan mereka menamatkan pengajian peringkat diploma.

Beliau turut mengingatkan para graduan agar dapat memenuhi impian KIAS supaya menjadi pendakwah kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Mohd Amar berucap pada Istiadat Konvokesyen KIAS kali ke-24 di Kota Bharu.
Mohd Amar berucap pada Istiadat Konvokesyen KIAS kali ke-24 di Kota Bharu.

Katanya, ilmu yang diperoleh di KIAS perlu dimanfaat sebaik mungkin untuk menangani dakyah musuh Islam yang tidak pernah berhenti dari mendatangkan gangguan ideologi barat tiada kesudahan.

“Sejak dahulu umat Islam bertembung dengan ideologi barat menerusi pelbagai cara berlainan, tetapi tujuannya sama untuk menggugat Islam.

“Zaman moden ini juga kita berhadapan dengan suasana yang hampir sama dan memerlukan ilmuan-ilmuan agama yang kukuh serta mantap selain mempunyai pendirian yang teguh untuk mendepaninya,” kata Mohd Amar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!