Buka aib Fattah Amin, Fazura boleh dikenakan perintah hina mahkamah

Fazura boleh dikenakan perintah menghina mahkamah kerana tidak menjaga aib bekas suaminya, Fattah Amin. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Fazura boleh dikenakan perintah menghina mahkamah kerana tidak menjaga aib bekas suaminya, Fattah Amin. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

SUBANG BESTARI – Kurang sejam selepas bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini pada Isnin, pelakon, Fazura boleh dikenakan perintah menghina mahkamah kerana tidak menjaga aib bekas suaminya, Fattah Amin.

Peguam syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Fattah atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berkata, ia hanya boleh dilaksanakan, jika Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, benar-benar melanggar persetujuan perceraian.

Menurutnya, ini kerana mahkamah telah merekodkan persetujuan sebagai suatu perintah, yang mana ia tidak didedahkan secara terperinci kepada umum.

“Jika berlaku perlanggaran perjanjian, maka pihak itu didapati tidak menghormati atau gagal mematuhi peruntukan.

“Mangsa dalam ke sini, boleh memfailkan permohonan menghina mahkamah dan jika dibenarkan, notis tunjuk sebab akan dikeluarkan, mengapa seseorang itu tidak patut dipenjara kerana melanggar perintah yang dibuat,” katanya.

Dakwaan keretakan rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin semakin jelas apabila aktres itu memfailkan penceraian pada 13 September lalu.

Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!