Imigresen gempur Tanah Tinggi Loging, tahan 86 pendatang asing

Anggota JIM Kelantan menahan pendatang tanpa izin dalam Operasi Bersepadu di kawasan pertanian di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Jumaat lepas. Foto Facebook JIM Kelantan
Anggota JIM Kelantan menahan pendatang tanpa izin dalam Operasi Bersepadu di kawasan pertanian di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Jumaat lepas. Foto Facebook JIM Kelantan
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 86 pendatang tanpa izin dalam Operasi Bersepadu di kawasan pertanian di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Jumaat lepas.

Pemangku Pengarah Imigresen Kelantan, Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, mereka terdiri daripada 20 lelaki warga Bangladesh, Nepal (empat lelaki) dan Myanmar (56 lelaki, enam wanita).

Beliau berkata, berdasarkan aduan yang diterima dan hasil risikan, pihaknya mendapati kawasan pertanian tersebut disyaki menggunakan khidmat pendatang asing sejak lebih beberapa bulan lepas sebagai pekerja.

Sebahagian PATI yang ditahan dalam Operasi Bersepadu di kawasan pertanian di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Jumaat lepas. Foto Facebook JIM Kelantan
Sebahagian PATI yang ditahan dalam Operasi Bersepadu di kawasan pertanian di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Jumaat lepas. Foto Facebook JIM Kelantan

"Susulan itu Bahagian Penguatkuasaan JIM Kelantan bersama pelbagai agensi telah menjalankan operasi di 16 lokasi dekat rumah kongsi pekerja dan kedai makan bermula jam 3 pagi, Jumaat lepas," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, kesemua pendatang itu akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana pelbagai kesalahan dan telah dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat melibatkan berkaitan pendatang asing tanpa izin diminta melaporkan kepada JIM Kelantan dengan menelefon 019-9840377, dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!